KUALA LUMPUR- DRB-Hicom mengumumkan Program Sukuk Wakalah bertempoh 30 tahun yang akan digunakan bagi membiayai semula pinjaman sedia ada kumpulan, membiayai perbelanjaan modal serta keperluan modal kerja dan pelaburan di samping kegunaan-kegunaan umum.

Sukuk yang mendapat penarafan awal A+IS dengan tinjauan masa hadapan positif oleh Malaysia Rating Corporation Bhd. itu juga akan digunakan membayar semua fi dan perbelanjaan berkaitan program penerbitannya.

“Kumpulan memulakan amalan pembiayaannya dengan mengambil manfaat daripada kadar faedah semasa yang kondusif bagi menerbitkan pembiayaan jangka sederhana dan panjang,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Maybank Investment Bank Bhd. dan RHB Investment Bank Bhd. dilantik sebagai Penasihat Prinsipal Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Ketua Pengurus Bersama bagi program ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast