TERKINI : UMNO Dah Menang 3 PRK “Giliran MCA Menang di Tanjung Piai” – Khaled Nordin

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai disifatkan sangat penting kerana ia boleh memberi laluan kepada UMNO dan Pas menjadi jurucakap kepada orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi aspirasi Muafakat Nasional, MCA kini perlu mendapatkan sokongan kaum Cina di Tanjung Piai dan orang Melayu juga wajar memberi sokongan kepada calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, suara Melayu boleh diangkat kerana MCA sebahagian daripada parti yang tergolong dalam Muafakat Nasional.