Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

PUTRAJAYA – Bantuan kebajikan persekutuan bagi bulan November akan mula dikreditkan ke dalam akaun 484,828 penerima di seluruh negara pada Khamis ini (7 Nov) dan dijangka selesai pada atau sebelum 10 Nov ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kelewatan bayaran itu adalah disebabkan isu teknikal melibatkan prosedur menurunkan peruntukan kepada agensi.

“Peruntukan sudah lulus tetapi nak masuk (kredit) ke dalam akaun belum lagi… memang dah sampai tapi ada masalah teknikal. Kementerian minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Tentang Industri halal, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail dalam kenyataan pada Jumaat lepas memaklumkan kelewatan bayaran bagi bulan ini disebabkan masalah teknikal.

Dr Wan Azizah berkata kementerian akan menambah baik prosedur tersebut untuk memastikan masalah itu tidak berulang.

— BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.