Gambar hiasan

DUBAI – Iran mengesahkan telah melancarkan siri baharu mesin pengempar terkini untuk meningkatkan pengayaan uranium, sekali gus mengurangkan pematuhan Perjanjian Nuklear 2015 susulan penarikan semula perjanjian berkenaan oleh Amerika Syarikat (AS).

Iran secara beransur-ansur mengurangkan komitmen yang dibuat di bawah perjanjian berkenaan dengan kuasa dunia sejak AS menarik semula hingga melumpuhkan eksport minyaknya.

Di bawah perjanjian 2015, Republik Iran hanya dibenarkan untuk memperkayakan uranium dengan hanya lebih 5,000 daripada pengempar generasi pertama IR-1.

Mesin IR-6 baru boleh menyempurnakan uranium sebanyak 10 kali lebih cepat, kata Ali Akbar Salehi, Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran.

“Hari ini, kami menyaksikan pelancaran set operasi sebanyak 30 IR-6 pengempar,” kata Salehi di stesen sambil menyatakan Iran kini mengendalikan 60 pengempar terkini IR-6.

“Ia menunjukkan keupayaan dan keazaman kita.

“Para saintis kami sedang menjalankan prototaip yang dipanggil IR-9 yang berfungsi 50 kali lebih cepat daripada IR-1s,” tambah beliau.

Bagaimanapun Tehran menafikan sebarang sasaran dalam membangunkan bom nuklear, sebaliknya pengayaan itu bagi menjana tenaga untuk penggunaan awam. – MalaysiaGazette