Ruang udara yang menunjukkan sangkar ikan yang terdapat di Kampung Nelayan Air Masin Kukup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.

PONTIAN – Jika dahulu Kampung Nelayan Air Masin yang terletak dalam daerah Pontian hanya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan namun kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan serta pengeluar hasil laut terkenal.

Dianggarkan hampir 100 buah keluarga menghuni kawasan penempatan tersebut dengan rata-rata mereka terdiri daripada masyarakat Cina berketurunan Hokkien.

Kebanyakan penduduk yang menghuni perkampungan nelayan itu menjalankan aktiviti menternak dan menangkap ikan selain pembiakan udang, memproses belacan serta perusahaan ringan yang lain.

Perusahaan membuat belacan menjadi mata pencarian utama penduduk di kawasan itu dan udang geragau yang menjadi bahan utama untuk menghasilkan belacan kebiasaannya ditangkap antara bukan Mei hingga September.

Dalam pada itu, kampung nelayan yang terletak di hujung Selatan Benua Asia itu juga masyhur dengan pelbagai hasil laut yang menjadi nadi penggerak untuk terus maju dalam arena pelancongan.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Nelayan Air Masin, Tan Chin Hwi, bapanya telah menetap di perkampungan nelayan atas air itu sejak 80 tahun lalu dengan menjalankan perniagaan runcit yang kini diwarisi olehnya.

Chin Hwi berkata, penduduk kampung terdiri daripada pelbagai kaum dan kebanyakan mereka bekerja sendiri.

Sementara itu, isteri Chin Hwi, Serena Law berkata, dahulunya perkampungan tersebut tidak berapa maju dan keadaan rumah juga agak uzur.

“Sebaiknya struktur asal di kawasan ini terus dikekalkan kerana ia merupakan keunikan identiti Kampung Nelayan Air Masin yang harus dipelihara.

“Kita juga harap di masa hadapan lebih ramai pelancong akan berkunjung ke sini bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi di perkampungan nelayan atas air ini,” ujarnya.

Seoang warga emas menikmati udara petang sekitar kawasan rumahnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Lokasi Kampung Nelayan Air Masin Kukup berhadapan dengan Pulau Kukup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang kanak-kanak membawa basikal sekitar kawasan rumahnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang pekerja memasukan ikan kedalam jaring untuk ditimbang sebelum dijual kepada pembeli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Para pekerja menimbang ikan yang akan dijual kepada pembeli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang pekerja, Yanto Erizal mengeringkan udang yang hancur sebelum dijadikan cencaluk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Pekerja memasukan ikan kedalam jaring untuk ditimbang sebelum dijual kepada pembeli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.

Kelihatan tiga pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan sangkar ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang nelayan menaiki bot selepas pulang dari menangkap ikan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Ruang masuk Kampung Air Nelayan Masin Kukup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang wanita dilihat membersihkan pinggan yang telah digunakan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Penduduk, Ah Hong menyusun udang yang telah dibuang kulitnya untuk dijadikan udang kering ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang penduduk, Tan Chin Hwi memotong ikan masin kurau untuk dijual kepada pembeli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.

Seorang nelayan menaiki bot selepas pulang dari menangkap ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Para nelayan menaiki bot untuk pergi menangkap ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Bot nelayan yang membawa ikan dilihat tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Pekerja memasukan ikan kedalam jaring untuk ditimbang sebelum dijual kepada pembeli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Reaksi ceria tiga kanak-kanak sewaktu bermain mesin permainan claw ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Penduduk melakukan kerja harian mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Suasana di sekitar perkampungan nelayan yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk Cina berketurunan Hokkien ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Penduduk, Ah Hong (kanan) bersama suaminya dilihat tekun mengopek kulit udang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Suasana di sekitar perkampungan nelayan yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk Cina berketurunan Hokkien ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Seorang penduduk melakukan kerja-kerja pengasingan besi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Bengkel membaiki basikal dan motorsikal juga terdapat Kampung Nelayan Air Masin Kukup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.
Ruang udara kawasan Kampung Nelayan Air Masin Kukup sebuah perkampungan nelayan yang bersebelahan dengan Kampung Kukup Laut dan terletak di Pontian Selatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2019.

VIDEO BERKAITAN :

https://youtu.be/8DvmADz1eEs