TERKINI : Mohon SPR Tegas!!! Bagi Makan dan Minum Pun Salah “Ini Bagi RM1,000” – Ahmad Maslan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas melarang pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 pada minggu depan yang diumumkan kerajaan negeri Johor semalam.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemberian itu jelas menyalahi undang-undang kerana dibuat dalam waktu berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Saya mohon supaya SPR berlaku adil, dan SPR tegas dalam melaksana peraturan-peraturan pilihanraya dan SPR hendaklah buat kenyataan bahawa program seumpama itu tidak patut dilakukan ketika tempoh kempen,” katanya ketika sidang media.