TERKINI : JANJI PH DITEPATI “Feri Terminal Kukup Beroperasi Semula” – MB Johor

KUKUP – “Minta perhatian para penumpang, Feri pertama dari Balai Tanjung Karimun, Indonesia tiba dan sedang berlabuh di Terminal Kukup”.

Demikian pengumuman rasmi ketibaan feri pertama secara rasmi daripada Indonesia ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup yang diumumkan ketibaannya tepat 3.25 petang hari ini.

Selepas tiga bulan sepi ibarat dilanggar Garuda tanpa operasi,ia mula beroperasi secara rasmi tadi dengan ketibaan puluhan penumpang dari Indonesia memijak kaki di tanah Kukup dengan penuh teruja pada wajah mereka.