TERKINI : Tambak di Selatan Johor “Punca Mata Pencarian Nelayan Terjejas” – Bekas MB Johor

KUKUP – Langkah tergesa-gesa kerajaan negeri Johor membuka semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup hingga dianggap “flip-flop” tidak mencerminkan prestasi tinggi pimpinan Pakatan Harapan.

Bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat di kawasan Tanjung Piai boleh melihat sendiri apa yang berlaku dan perlu membuat keputusan bijak mengenainya pada 16 November ini.

“Ini tak cerminkan sebuah kerajaan berprestasi tinggi. Johor di bawah kepimpinan baru tidak meletakkan kerajaan mereka berprestasi tinggi.

“Bila berlaku, flip flop rakyat boleh nilai berprestasi tinggi atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama nelayan Tanjung Piai di sini hari ini.