TERKINI : Serah Kepada Mahkamah – Najib Razak

PONTIAN – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerah sepenuhnya kepada mahkamah berhubung keputusan pendakwaan bagi tujuh pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya.

Beliau berkata, tidak ada apa yang boleh diperkatakan selain menunggu keputusan yang akan didengar esok.

“Tiada apa-apa, kita tunggu sajalah,” katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di sini hari ini.

Najib ditanya wartawan mengenai persiapannya menjelang keputusan terhadap kes yang dihadapinya itu.