Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendesak supaya beberapa pemimpin dalam UMNO termasuk presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya dikenakan tindakan kerana bertindak menghina mahkamah.

RoketKini melaporkan, Lip Eng mempersoalkan apakah sebenarnya agenda serta rancangan UMNO kerana sejak kebelakangan ini para pemimpinya mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan terhadap badan kehakiman di negara ini.

Selain Ahmad Zahid, antara nama lain disebut Lip Eng termasuklah Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Lokman Noor Adam  yang juga didakwa menghina mahkamah apabila menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencampuri urusan mahkamah.

“UMNO sebagai sebuah bekas parti pemerintah sepatutnya faham bahawa (mengikut doktrin pengasingan kuasa) cabang kehakiman di Malaysia kini adalah bebas sepenuhnya daripada cabang eksekutif kerajaan Pakatan Harapan. 

“Lokman perlu menghormati badan kehakiman dan tidak membuat kenyataan yang berniat jahat terhadap badan kehakiman,” katanya.

Lokman dilaporkan telah menuduh Mahathir campur tangan dalam keputusan mahkamah yang mengarahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membela diri dalam kes penyelewengan berjumlah RM42 juta membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd. semalam.

Ahmad Zahid pula sebelum ini dikatakan pernah menyoal keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja basikal lajak pada 18 Februari 2017.

Lip Eng berkata, dirinya tidak faham dengan tindakan mengeluarkan kenyataan seperti itu oleh kedua-dua pemimpin UMNO pada masa ini.

“Adakah rancangan UMNO sebenarnya untuk memusnahkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman dan menyebabkan negara kita menjadi kucar-kacir, dengan niat untuk melumpuhkan kerajaan Pakatan Harapan?

“Tindakan tegas harus diambil terhadap Lokman, Zahid dan mereka yang cuba untuk menjejaskan badan kehakiman,” tegasnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. lipeng, ag hina mahkamah!!!
    why u senyap makan dedak depa?
    double standard is stupid and idiotic!!!

Comments are closed.