TERKINI : Kata Ceramah PH Tak Ada Orang Datang – Anwar Ibrahim

Jika sejak Hari Penamaan Calon Kempen Pilihan Raya Kecil 2 November lalu didakwa ceramah Pakatan Harapan kurang mendapat sambutan masyarakat berbanding pembangkang mencecah ribuan ornag, akhirnya pentas ceramah perdana melibatkan Anwar Ibrahim berjaya menarik lebih ramai orang dijangkakan lebih 600.

Petang tadi Presiden PKR itu menjelaskan pertandingan ceramah mana lebih ramai adalsh tidak penting, sebaliknya isi kandungan yang boleh rai sokongan perlu difokuskan.

Seperti menepati ramalan, ucapan beliau di Taman Kota Emas berjaya menyaksikan kebanjiran orang yang ramai kali pertama dalam kempen PH yang memasuki hari ke-10 malam tadi.