TERKINI : TH Fokus Pulangan Tetap dan Kurang Risiko – Nik Mohd. Hasyudeen

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah strategi dengan memberi fokus kepada aset-aset yang memberi pulangan tetap dan stabil seperti sukuk dan hartanah.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff, TH masih mengekalkan instrumen pelaburan seperti sebelum ini iaitu dalam sukuk, hartanah dan ekuiti.