SINGAPURA – Pengeksport minyak utama dunia, Saudi Aramco melantik wanita pertama untuk mengetuai sebuah pejabat di luar negaranya, demikian menurut dua sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, Marwa al-Khuzaim akan menerajui Aramco Asia Singapore bermula bulan depan selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Nader al-Arfaj.

Marwa ketika ini adalah Pengarah Rangkaian Bekalan di Aramco Chemicals Company, sebuah anak syarikat Aramco, lapor Reuters.

Pelantikan beliau dibuat beberapa hari sebelum syarikat paling menguntungkan di dunia itu memulakan penjualan saham dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada 17 November ini.

IPO berkenaan dijangka meraih dana antara AS$20 bilion sehingga AS$40 bilion.

Saudi Aramco bagaimanapun tidak menjawab emel yang dihantar oleh Reuters ketika diminta mengulas mengenai berita tersebut.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast