SUKAN MG 🎥 | Jangan Fokus ‘Messi Jay’ Sahaja – Tan Cheng Hoe

Reputasi hebat yang dimiliki bintang sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin langsung tidak menggusarkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Chanathip, 25, yang turut dikenali sebagai ‘Messi Jay’ kerana kelincahannya kini mencipta nama bersama kelab Liga 1 Jepun (J1), Consadole Sapporo selepas dipinjamkan oleh Muangthong United sejak Julai 2017.

Kehebatan pemain bertubuh kecil yang memiliki ketinggi 158 sentimeter itu disamakan dengan bintang dunia, Lionel Messi kerana memiliki tendangan kedua-dua kaki yang berbahaya.