Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup pintu pagar pusat mengundi selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheow Min, Pontian, Johor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Kesemua 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dibuka sejak pukul 8 pagi ditutup pukul 5.30 petang tadi.

Ketika ini seramai 125 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menyusun peti-peti undi bagi dihantar ke pusat penjumlahan undi rasmi untuk proses pengiraan.

Difahamkan, proses penghantaran peti-peti undi itu akan bermula pukul 6 petang dengan dikawal ketat oleh pasukan polis.

Maklumat terakhir yang diterima oleh SPR, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini adalah sebanyak 70 peratus.

Keputusan bagi pilihan raya itu dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam nanti.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pada PRU-14 Mei tahun lepas, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast