TERKINI : Nak Pergi Undi!!! “Warga Mas 96tahun Tak Boleh Tidur”

Antara pengundi awal di DUN Kukup Parlimen Tanjung Piai keluar melaksanakan tanggungjawab hak demokrasi mengundi bagi menentukan wakil rakyat baharu beliau hari ini.

Bekas pekerja kilang itu berkata beliau tidak pernah terlepas mengundi dalam apa jua keadaan sekali pun.

Kali ini sejak tiga empat tahun yang lalu saya mengalami masalah pada mata sehingga mengganggu penglihatan.

Katanya beliau menyedari sebagai anak Telok Kerang kali ini perlu mengundi untuk PRK Tanjung Piai hari ini.