Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion.

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi serta ketua-ketua jabatan.

Larian itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 yang disambut pada 1 Nov lepas disertai kira-kira 8,000 orang.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10 km dan 6.5 km manakala peserta kategori tetamu kehormat VVIP yang melibatkan jarak 2 km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.45 pagi itu disertai 4,500 peserta bagi kategori 15 km,10 km dengan 2,500 peserta dan 6.5 km dengan 350 peserta manakala kategori VVIP disertai 300 peserta.

Larian itu juga sertai oleh beberapa pemain sepak takraw dan pemain hoki Perak.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast