TERKINI : BN Janji “Tolong Wee Jeck Seng” di Tanjung Piai – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan disebabkan hanya seseorang individu.

Menurut beliau, kemenangan Jeck Seng adalah kerjasama pelbagai pihak yang menjadi kekuatan sebenar BN sebelum ini.

“Kemenangan kita, kemenangan kita bersama. Tidak boleh letakkan di atas bahu seorang individu sahaja.

“Tidak munasabah kita menang majoriti besar jika tidak dengan kerjasama semua pihak yang turun berkempen kepada Jeck Seng,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.