Mohamed Haniff Khatri Abdulla
Mohamed Haniff Khatri Abdulla

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador diminta mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kepada rakyat kedudukan terkini siasatan video semburit yang didakwa melibatkan menteri Kabinet.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, selepas lebih lima bulan sejak tercetusnya isu video semburit itu, adalah amat penting untuk pihak berkuasa yang terlibat untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan siasatan.

“Secara profesional saya nyatakan bahawa selepas tempoh masa lebih lima bulan sejak tercetusnya isu video “seks sejenis (semburit)” itu, ianya adalah teramat penting agar pihak berkuasa yang terlibat dalam kendalian isu ini, iaitu sama ada pihak siasatan polis mahupun pihak penasihat siasatan Pejabat Peguam Negara, adalah bertanggungjawab untuk keluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan kedudukan siasatan video “seks sejenis (semburit)” itu,” katanya di laman Facebook.

Menurut Haniff, kenyataan rasmi itu juga penting agar prinsip kedaulatan undang-undnag diperlihatkan dengan jelas sedang dipatuhi untuk menolak mana-mana persepsi negatif berkaitan kelewatan maklumam berhubung siasatan isu ini.

Pada 11 Jun lalu, media melaporkan satu video yang memaparkan aksi intim dua lelaki tular menerusi Whatsapp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’.

BACA: Gambar dan video intim lelaki mirip seorang menteri tersebar

Berikutan itu seorang lelaki Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tampil membuat pengakuan beliau adalah lelaki bersama menteri berkenaan.

BACA: Haziq mengaku dirinya dalam video tular

Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, video yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Katanya, siasatan juga mendapati wujud “pakatan jahat” yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.”

BACA: Video intim: Pemimpin politik jadi dalang, upah ratusan ribu ringgit – KPN 

—  MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.