Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mesti hadir ke mesyuarat biro politik Parti Keadilan rakyat (PKR) untuk menjelaskan pertemuannya dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Azmin perlu bersemuka dengan rakan-rakan dalam parti untuk merungkai persoalan yang tercetus sejak semalam.