Bank Pusat China

SHANGHAI – Bank Pusat China mengurangkan penanda aras bagi kadar faedah pinjaman buat kali ketiga sejak bulan Ogos.

Keputusan itu dijangkakan, selaras dengan keputusan untuk mengurangkan kos pembiayaan kepada ekonomi sebenar.

Kadar prima pinjaman setahun (LPR) telah diturunkan sebanyak lima mata asas kepada 4.15% daripada 4.20% pada penetapan bulanan sebelumnya.

LPR lima tahun juga diturunkan dengan margin yang sama kepada 4.80% daripada 4.85%.

LPR adalah kadar rujukan pinjaman yang ditetapkan setiap bulan oleh 18 bank.

Bank Rakyat China merombak mekanisme harga LPR pada bulan Ogos, dengan melonggarkan pegangan kepada kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana. – MalaysiaGazette