PLUS

KUALA LUMPUR –  PLUS akan menutup lorong masuk paling kiri (lorong 5-meter bagi kenderaan berat) di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula 25 November 2019 sehingga 9 Disember 2019.

Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan berjadual dilaksanakan.

Sehubungan itu, kenderaan berat yang melebihi had kelebaran 2.5 meter yang datang dari Lebuh raya KESAS dinasihatkan supaya menggunakan Plaza Tol USJ untuk memasuki Lebuh raya ELITE pada tempoh tersebut.

PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS. – MalaysiaGazette