TERKINI : Tun M “Panggil Sidang Khas Pakatan Harapan” Sabtu Ini – Anwar Ibrahim

Kumpulan yang didakwa sedang menggerakkan kempen undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan kelompok picisan yang tidak sealiran dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu langsung tidak berbangkit dalam kalangan parti-parti komponen PH terutamanya di peringkat kepimpinan utama parti.

Katanya, setiap hari beliau menghubungi pemimpin PH seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) serta Lim Kit Siang (DAP) dan tidak pernah ada mana-mana dalam kalangan pemimpin itu membangkitkan isu undi tidak percaya.

Ini kerana, tegas Anwar, hubungan antara mereka dalam kerjasama dan muafakat Pakatan Harapan sangat kuat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast