Kumpulan K-Pop, BTS. foto Agensi

SEOUL – Ahli-ahli kumpulan K-pop BTS dikehendaki menjalani khidmat ketenteraan, menurut kerajaan Korea Selatan.

Korea Selatan menetapkan undang-undang perkhidmatan mewajibkan semua lelaki muda yang tidak mengalami kecacatan perlu berkhidmat dalam ketenteraan selama dua tahun.

Peminat-peminat BTS menyeru agar kumpulan itu diberikan pengecualian khas tetapi ditolak selepas kerajaan mengumumkan perubahan kepada undang-undang perkhidmatan ketenteraan.

Di bawah undang-undang perkhidmatan ketenteraan itu, individu yang mencapai kejayaan besar dalam sukan dan seni tidak perlu menjalani khidmat tersebut, menurut Akta Perkhidmatan Tentera.

Tetapi BTS tidak termasuk dalam kategori itu.

Kerajaan Korea Selatan telah mengubah undang-undang perkhidmatan ketenteraan kerana terdapat kekurangan orang yang sesuai untuk mengambil bahagian.

Ia juga memperkenalkan peraturan ketat untuk menghadkan jumlah orang yang tidak perlu melakukan perkhidmatan ketenteraan.

Anggota BTS, Jin, dijangka memulakan perkhidmatan ketenteraannya sebaik sahaja memasuki tahun 2020.

Jin berkata, dia bersedia sepenuhnya untuk dipanggil.

Katanya: “Sebagai seorang Korea, ia adalah semulajadi dan suatu hari nanti, apabila panggilan bertugas kami bersedia untuk menyertainya dan melakukan yang terbaik”. – MalaysiaGazette