Yazid Sufaat - pix FB

KUALA LUMPUR – Polis menggunakan peranti pemantauan elektronik (EMD) bagi memantau pergerakan anggota militan warga Malaysia, Yazid Sufaat yang sudah dibebaskan dari penjara selepas tempoh tahanannya tamat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan yang Yazid dipakaikan alat itu untuk tujuan pengawasan.

“Kita (PDRM) akan terus memantau dan berinteraksi dengannya (Yazid).

“Dia juga perlu mendapat kebenaran polis sekiranya ingin keluar dari kawasan Ampang,” katanya merujuk kepada tempat tinggal Yazid.

Yazid, 55, yang mempunyai kaitan langsung dengan serangan 11 Sept 2001 di Amerika Syarikat, ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor, selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Sistem EMD, antara lain, membolehkan polis dimaklumkan sekiranya individu yang dipakaikan alat itu cuba melarikan diri atau melakukan sesuatu kepada alat berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masih ingat lagi serangan “pengganas” 11 Sep 2001, media malam itu waktu tempatan KL menonjolkan klip serangan pesawat2 komersial merempuh Menara Berkembar New York, abis bertarabur biskut yg aku tengah kunyah…

Comments are closed.