Jose Mourinho. Foto Sky Sports.

LONDON – Jose Mourinho berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lampau yang pernah dilakukannya di kelab lain ke dalam pengurusan Tottenham Hotspurs selepas ini.

Pengurus baharu Spurs yang dilantik Selasa lalu menggantikan Mouricio Pocettino menyedari beliau telah melakukan kesilapan semasa menerajui beberapa kelab bola sepak di Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

“Saya sedar telah melakukan kesilapan sebelum ini. Kali ini saya pasti bahawa tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

“Saya akan melakukan kesilapan baharu tetapi bukan sama seperti masa lampau,” katanya dalam sidang media semalam.

Bagaimanapun bekas Pengurus Manchester United itu tidak memperincikan kesilapan itu.

Beliau juga menyatakan keyakinan dapat mempengaruhi hati pemain di White Hart Lane untuk mengembalikan era kemenangan yang diimpikan penyokong kelab itu.-MalaysiaGazette