Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 NOVEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad belum membuat keputusan samada mahu menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila merombak Kabinet tahun depan.

Perdana Menteri berkata: “I havent made a decision yet (Saya belum buat keputusan)”.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas samada Presiden PKR itu akan menyertai Kabinet semasa rombakan dilakukan sebelum November 2020.

Bagaimanapun Anwar yang duduk di sebelah Dr. Mahathir mencelah: “But I didn’t apply (Tetapi saya tidak memohon (jawatan Kabinet),”.

Terdahulu Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Perdana, di sini.

Hadir pada mesyuarat tersebut Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya reaksi dan sentimen pemimpin PH mengenai rombakan Kabinet pada mesyuarat itu, Dr. Mahathir berkata, mereka menunjukkan respon baik.

“Mereka tidak membantah cadangan itu (rombakan Kabinet), mereka juga tidak kata tolonglah jangan rombak saya” katanya berseloroh.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) berkata, kerajaan akan membuat penilaian pendapat atau teguran yang perlu didengar.

“Rakyat juga berpecah dua. Ada dalam kalangan mereka yang menyokong kami tetapi tidak vokal sangat dan mereka yang tidak gembira dengan penyampaian kami bersuara banyak.

“Oleh demikian kita harus melakukan penilaian mahu ikut kehendak siapa, mereka yang bertentangan atau mereka yang mahukan rombakan Kabinet atau sebaliknya.

“Semua aspek ini akan dipertimbangkan dalam perbincangan sebelum membuat keputusan lanjut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. BAPA MUNAFIQ,besor M’sia baru,warga M’sia(khususnya yg jenerasi muda)mahukan dto’Sri Anuar di nobatkn sebgai PM ke-8,pd thn 2020,ini,klu tidak ramai rakyat M’sia yg akan boikot pru,,,sebelum tiba masanyo,,,..hrp mklum….agenda reformasi wajib di teruskn,kito wargo M’sia nak tengok bukti dto’sri Anuar ibrahim…akan lakukan….

Comments are closed.