Ronald Wayne White. foto Agensi

TEXAS – Mayat seorang veteran tentera laut ditemui dalam apartmennya di Dallas, dipercayai telah mati tiga tahun lalu.

Keluarga Ronald Wayne White berkata, pihaknya telah membuat laporan kehilangannya kepada pihak berkuasa beberapa kali.

Mayat mangsa ditemui semasa siasatan dijalankan di unit aparmen White selepas pihak pengurusan mendapati penyewa tidak menggunakan air.

Kakitangan telah memecahkan pintu hadapan apartmen dan mendapati mayatnya di atas lantai dapur.

White yang berusia 51 tahun pada tahun 2016, bekerja sebagai kontraktor pertahanan sejak ia meninggalkan tentera laut.

Dia tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya dan kerap berada di luar Amerika Syarikat atas urusan perniagaannya.

Ibunya, Doris Stevens yang tinggal di Long Island berkata, anaknya kerap menelefonnya tetapi panggilan itu tidak berlaku lagi sejak tiga tahun lalu.

Doris berkata, dia telah melaporkan kehilangan anaknya ke beberapa jabatan polis yang berbeza, tetapi telah diberitahu siasatan tidak dapat dibuka kerana White sudah dewasa dan kerap menggembara.

“Persoalannya sekarang, bagaimana anak saya mati di dalam apartmen dan tiada siapa yang tahu.

“Saya menderita kerana tiada orang yang mahu mencarinya,” katanya. – MalaysiaGazette