Pendedahan Ahli Jemaah Nafas mengenai tender RM1.4 bilion yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mendedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mensabotaj Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung isu tender bernilai RM1.4 bilion.

Perkara itu didedahkan beliau menerusi Facebook.

Normah Yusof, Ahli Jemaah Pengarah Nafas menerusi Facebook berkata: “KSU bawak naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merayu kepada Menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat ianya memberi kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900 ribu ahli.

“Menteri MOA pun tulis kepada PM mohon supaya tender diberi kepada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan 1.4 bilion tu.

“Yang bagi maklumat tu KSU la. KSU ni kerja dia sabotaj je. Patut dia membantu menteri bukan sabotaj,” tulis Normah.

Isu pemberian tender ini dicetuskan oleh , Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.

BACA: http://Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mendakwa ada dalam kalangan pegawai kementerian cuba mensabotaj menteri dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tender Nafas: Sabotaj atau kambing hitam

 

3 Komen

  1. Kak mah ni menipu. Tender dibuat secara terbuka, so confirm pakai e-perolehan. Sebelum iklan tender, ksu harus minta tt menteri, xkan menteri x noticed. N kenapa selepas ada shortlist, baru menteri nak suh bg ke nafas? Utk dato ksu, tolong beritahu rakyat cerita sebenar. Awk 2 pegawai kerajaan, kami ni pembayar cukai. Masyarakat percaya dato ksu x de buat apa2 salah, kak mah pulak, nanti bila kebenaran dah terpampang, pack2 barang p la pindah negara lain. Rosak malaysia ada org mcm awk ni menuduh x habis2. Dah setahun setengah perangai x blh buang, dah lama sgt jadi pembangkang. Kata membela petani, org lain blh buat lebih baik dari apa nafas buat sejak 22 tahun lalu. Berapa sen sgt nafas contribute balik ke petani, berapa pulak gaji awk kak mah? Berapa pulak awk lipat duit nafas ke sana ke sini? Parah kak mah. Cepat2 selesaikan ya, kami nak mula tanam dah ni.

  2. Hahaha politaiks PHangCing nih tak ada kerja lain nak salahkan penjawat awam pulak ka? Itu macam ramai lagi KSU spt KPKT akan sabotaj mak lampir skandal rumah-rumah mampu nengok ajer oleh rakyat peasants, adakah berjuta2 unit rumah tak leh juai akan dijual kpd bangsa asing oleh gang korparats kapitalis?

Comments are closed.