KUALA LUMPUR – AirAsia meraikan ulang tahun ke-18 dengan promosi istimewa yang menawarkan tambang dari hanya RM18 sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Sambutan ini tidak terhad kepada jualan tiket penerbangan sahaja, malah juga untuk hotel, aktiviti, tawaran dan banyak lagi di airasia.com.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Karen Chan berkata, AirAsia telah beroperasi selama 18 tahun yang menakjubkan dan telah menjadikan ASEAN lebih kecil dan membolehkan ratusan juta orang terbang.

“Setelah menghampiri dua dekad kami beroperasi, kami kini menawarkan lebih dari penerbangan dan juga termasuk tawaran perjalanan dan gaya hidup untuk anda, para tetamu kami. Terima kasih,” katanya di sini.

Tambang istimewa ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 25 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 1 Disember 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021. – MalaysiaGazette