Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan menafikan dakwaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan jumlah yang tinggi untuk mendapatkan khidmat guaman Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kes Taman Rimba Kiara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan petang ini menjelaskan perkara sebenar di sebalik pelantikan Gopal dalam kes tersebut.

Menurutnya, khidmat Gopal dilakukan secara pro bono atau percuma.

“Sukacita dijelaskan bahawa Gopal Sri Ram sebenarnya menawarkan khidmat secara pro bono (percuma) kepada DBKL dalam kes ini.

“Apabila tawaran diri itu dirujuk kepada syarikat guaman yang mewakili DBKL dalam kes berkenaan, mereka bersetuju untuk menerima tawaran tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Sebuah portal tempatan sebelum itu melaporkan penduduk Taman Tun Dr Ismail berang dengan tindakan DBKL yang mendapatkan khidmat Gopal untuk melindung kepentingannya dalam kes pembangunan Taman Rimba Kiara.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.