KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan meminta para ahli perniagaan dan orang kaya yang berjaya supaya belajar  menghargai pengorbanan anggota tentera di sempadan negara.

Mohamad Sabu berkata, ini kerana ramai orang kaya  menganggap mereka berjaya dalam perniagaan kerana mereka pandai berniaga tetapi tidak menghargai sumbangan tentera menjaga keamanan.

“Orang kaya raya anggap mereka berjaya kerana pandai berniaga..betul mereka pandai berniaga dan untung sebab apa?Sebab negara aman.

“Pergilah berniaga di Afghanistan, negara tidak aman, boleh berniaga untung tapi di negara ini keamanan tidak dinikmati sehingga pengorbanan tentera kita pun dihina sedangkan ketika saya berucap di dewan rakyat ini,lebih 13,000 tentera kita sedang bertugas mengawal sempadan di udara, darat dan laut,” katanya semasa pennggulungan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad juga menjawab persoalan kenapa anggota tentera tidak kelihatan di kawasan bandar utama di negara ini bagi menjaga keselamatan.

Menurut beliau, kehadiran tentera dalam bandar hanya sekiranya negara dilanda darurat sahaja.

“Kenapa tentera tak bertugas di bandar bandar? Ertinya kalau tentera ada di handar bermakna negara sudah darurat, nak tak negara dadurat tentera kawal bandar bandar?

“Bila kita tak nampak mereka bertugas di sempadan dan hutan, tugas mereka ini kita perlu dihargai ahli-ahli perniagan yang berjaya di negara ini.

“Janganlah memperkecilkan lansung pengorbanan angkatan tentera ini,” tegasnya lagi.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN) kemudian bertanya mengenai persediaan pertahanan negara menghadapi urban warfare seperti yang berlaku di di Marawi, Filipina.

Katanya, negara jiran seperti Thailand, Singapura telah membelanjakan sejumlah peruntukan besar  untuk kelengkapan persenjataan moden berdepan cabaran tersebut tersebut.

Sebagai menjawab soalan itu, Mohamad mengakui urban warfare menjadi sentakan baharu untuk pertahanan negara berbanding dahulu dan menyedari perkara itu.

“Menyedari urban warfare yang berlaku di bandar Marawi yang ditakluk lama sebelum Filipina dapat merampasnya semula, kesedaran itu membawa kepada perlunya tentera Malaysia diperlengkapkan dengan teknologi berkaitan.

“Ia sedang diusahakan kementerian mencakupi ketiga tiga sektor tentera iaitu udara, darat dan laut demi menguasai ancaman urban warfare,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga menjawab soalan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (BN) yang mahu kerajaan  memastikan doktrin latihan asas perajurit tentera tidak lagi bersifat konvensional dan di hutan sahaja.

Katanya bagi tujuan itu, peperangan baharu melibatkan UAV, dron dikenalpasti salah aspek yang perlu diperuntukkan pelaburan besar demi persiapan pertahanan masa depan.

RUU Perbekalan Belanjawan 2020 Kementerian Pertahanan itu diluluskan dengan majoriti dewan termasuk pembangkang bersetuju yang kemudian diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.-MalaysiaGazette