TERKINI : Abu Mayat Chin Peng “Bukan Larangan Saya Semasa Jadi Menteri KDN” – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau yang sebenarnya melarang abu bekas pengasas Komunis, Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara ini dari Thailand pada tahun 2014 dibawah kerajaan Barisan Nasional.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional itu berkata keputusan larangan membawa masuk abu Chin Peng adalah keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat kabinet ketika itu.