TERKINI : “Bendera Malaysia Bintang Lima” Penganjur Perlu Mohon Maaf – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kesilapan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang memaparkan bendera Malaysia berbintang lima semasa majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan bendera kebangsaan yang sepatutnya dihormati.