TERKINI : Saya Akan Jumpa Dua ADUN PKR Melaka – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang juga Exco Melaka sepatutnya menghormati keputusan Ketua Menteri Adly Zahari dan menyokong usul pelantikan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Melaka, Datuk Halim Bachik, sebagai Ahli Dewan Negara selepas pengundian menyaksikan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menolak, 12 ADUN menyokong dan tiga ADUN berkecuali.

Kesemua 13 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak usul itu, 12 ADUN Pakatan Harapan (PH) menyokong, bagaimanapun menarik perhatian dua ADUN PH daripada PKR tiada dalam dewan ketika undian dilakukan menyebabkan Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar mengumumkan keputusan sedemikian.

Dua ADUN daripada PKR itu ialah Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya) dan Datuk Muhamad Jailani Khamis (Rembia).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast