Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen.

PUTRAJAYA – Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong),  Ong Chiow Chuen yang menunggu selama sejam dalam bilik mesyuarat demi berjumpa pegawai dan menyerahkan memorandum kehilangan kesabaran.

Chiow Chuen bersama Pengerusi Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong), Tan Tai Kim bertandang ke Kementerian Pendidikan pada pukul 3 petang, hari Jumaat untuk menyerahkan memorandum mengenai pengajaran tulisan Jawi.

Walaupun telah melakukan temu janji dengan pegawai pada masa tersebut, tetapi mereka dibawa untuk menunggu dalam sebuah bilik mesyuarat berhampiran lobi selama sejam.

Chiow Chuen yang kehilangan kesabaran seterusnya menuju ke kaunter perkhidmatan menyatakan rasa kecewanya terhadap sikap dan kualiti perkhidmatan pegawai kementerian.

Sinchew Daily melaporkan, pemimpin pendidikan Cina itu juga membidas pihak pejabat Menteri Pendidikan kerana bersikap seakan-akan tidak menghormati pertubuhan Cina.

Selepas mengadu, Chiow Chuen dan Tai Kim menunggu kira-kira setengah jam lagi sebelum seorang pegawai memasuki bilik mesyuarat.

Proses penyerahan memorandum selesai dalam tempoh kurang daripada lima minit.

Dong Zong, Jiao Zong dan beberapa pertubuhan Cina sebelum ini telah mencapai kesepakatan untuk menolak pengajaran tulisan Jawi dalam sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).

BACA: Tulisan Jawi: Dong Zong, Jiao Zong hantar memorandum

Mereka juga tidak berpuas hati apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), ibu bapa dan pelajar boleh memilih untuk menjalankan pengajaran tulisan Jawi atau sebaliknya.

Keputusan itu, menurut pertubuhan-pertubuhan berkenaan telah mengecualikan lembaga pengelola sekolah.

Mereka justeru mahu menghantar memorandum dan menyatakan pendirian kepada Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Harap kerajaan membatalkan dan mengharamkan nama persatuan atau pertubuhan yang tidak menggunakan nama yang bersesuaian dengan Malaysia dan semangat kebangsaan.
    Nama asing seperti dong zong tudak sesuai digunakan di bumi Malaysia.

  2. Kalau lah saya selaku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan, biar saja mereka tunggu sampai pukul 5.00, time nak balik. Lepas tu hantar je pelayan pejabat terima memorandum tu. Itu yang selayaknya pun.

  3. Setuju…itu yg terbaik kepada asal pendatang yg kita beri ruang kepada moyang mereka asalnya untuk cari makan.

  4. Orang kampung dari Kuala Tembeling, Pahang boleh tunggu berjam2 di pejabat kerajaan Putrajaya, kamu satu jam dah bising. Apa istemewanya pertubuhan kamu itu?

    Harap Kementerian Pendidikan jangan layan sangat dgn pertubuhan ini. Asyik dok mendesak saja yg tau….

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.