KUALA LUMPUR – Satu video viral di media sosial memaparkan aksi pergaduhan beberapa individu di tengah-tengah jalanraya.

Video berdurasi 41 saat itu turut memaparkan seorang lelaki bertindak menerajang seorang wanita bertudung di perut.

Kejadian dirakam seorang pengguna Twitter, @ikmalzaid.

Ikmal berkata “KEMBALI LAGI KITA DALAM RANCANGAN “GADUH2 TENGAH JALAN” hahahahaha. FIRST TIME AQ TGOK LIVE,” katanya di Twitter.

Status itu diretweet 24,000 kali dan mendapat lebih 20,000 likes.

Menurut @shazmiejo yang merupakan lelaki yang menerajang wanita itu mencerita kejadian berpunca daripada salah faham.

“Aku nak masuk jalan utama dari jalan simpang. Masa tu jammed. Yg perempuan ni drive tak bagi aku masuk jalan pastu Hon sampai sudah. Last aku mengalah aku bg dia masuk dan aku Hon balik.

*Dia keluar kereta pastu cabut penutup tingkap aku. Dia tampar, aku sepak,” katanya.

Difahamkan isu itu telah diselesaikan kedua-dua pihak.

Menurut Shazmie Nadziri, beliau telah memohon maaf atas insiden berkenaan dan wanita tersebut juga telah memohon maaf.

“Alhamdulilah kami selesaikan cara baik. Saya mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan saya. En Muslim Shah sekeluarga pun dah mohon maaf.

“Moga hubungan kami kekal baik dan saling membantu. Terima kasih semua yang memudahkan urusan kami,” katanya di Facebook beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Terbaik kena ada sikap toleransi… Jangan cepat naik angin, akhir nya semua rugi…kita semua bangsa Malaysia, tunjukan kita yg terbaik..

Comments are closed.