TERKINI : Pertimbangan Yang Serius Untuk Bajet Tambahan Pertahanan – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA- Kerajaan bersedia memberi pertimbangan serius untuk meningkatkan bajet pertahanan negara sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan begitu juga dengan anggota-anggota pasukan keselamatan.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab sama ada permintaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam yang mahu bajet kementeriannya ditambah kepada satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar boleh diperuntukkan dalam Bajet 2021.