TERKINI : TNB Beku Cuti “Sedia Set Janakuasa” Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyediakan set-set janakuasa bergerak di lima lokasi yang berisiko tinggi banjir di Kelantan dan Terengganu.

Ia sebagai sebahagian tindakan siap-siaga sekiranya bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan menerusi talian kabel semasa musim tengkujuh.

Sebanyak empat set janakuasa bergerak 1,000 kVA telah ditempatkan di Lemal, Pasir Mas; Lundang, Kota Bharu; Tumpat dan Kuala Krai di Kelantan.

Sementara itu di Kemaman, Terengganu, satu set janakuasa bergerak diletakkan dalam keadaan siap-siaga.