Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan peningkatan sehingga 60 peratus sistem Pengajaran dan Pendidikan Vokasional (TVET) dalam usaha mewujudkan kepakaran dalam bidang perindustrian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, statistik terkini menunjukkan sebanyak 44 peratus pelajar di Malaysia menjadikan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pilihan mereka.

“Sejarah membuktikan negara kita telah berjaya berubah daripada sebuah negara yang bergantung kepada pertanian kepada yang berpaksikan kepada bidang perindustrian.

“Penyumbang utama kepada kejayaan ini adalah profesion teknikal,” katanya berucap menerusi video merasmikan Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara 2019 di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Mahathir berkata, di negara-negara maju, profesional teknikal memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.

Sebagai contoh katanya, tujuh daripada 10 syarikat-syarikat besar negara di Jerman bernilai 170 bilion Euro merupakan syraikat berasaskan teknikal seperti ICT, telekomunikasi dan automotif.

Ujarnya, negara-negara berkenaan sentiasa menekankan inovasi dan penghasilan teknologi terkini sehingga menjadi antara negara yang paling banyak mendaftar paten antarabangsa.

“Perkembangan global terkini khususnya indsutri 4.0 atau ringkasnya ER4.0 berpaksikan keoada teknologi terkini yang mensasarkan persekitaran industri, ekonomi dan kehidupan yang lebih pantas, pintar dan dinamik.

“Selaras dengan itu,kita perlu memastikan para pekerja dalam bidang teknikal diperlengkapkan dengan kemahiran terkini secara upgrade dan upscalling betrdasarkan perkembanbgan teknolohi dan keperluan industri masa depan” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast