Anwar Ibrahim

KUALA KANGSAR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan kesabaran beliau ada batasan terutama terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah.

“Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran.

“Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR) berpecah, lemah… sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah.

“Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah,” kata Anwar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast