Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya , Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir pada di lobi Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli PKR diminta mengingati dan menghargai ujian yang dihadapi selama ini oleh presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa sekali pun cabaran yang dihadapi tidak boleh dibandingkan dengan cabaran yang dihadapi Anwar.

“Jadi janganlah dengan sedikit kemenangan yang kita kecapi, kita melupai jasa insan yang telah mengorbankan kebebasan dirinya sendiri dan keluarganya demi memastikan masa depan yang lebih adil untuk semua.

“Tidak usahlah kita memperbesar-besarkan pengorbanan sebahagian dari kita tetapi menafikan kepayahan dan ujian yang lebih besar yang terpaksa dilalui presiden kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Iskandar, pertelingkahan politik dan peribadi sesama ahli jangan sampai menghilangkan rasa hormat dan penghargaan kepada sosok yang telah membolehkan mereka menikmati sedikit kejayaan hari ini.

“Kemenangan di PRU bukanlah kemenangan hakiki bagi perjuangan KEADILAN. Agenda kita adalah agenda yang lebih besar dan berterusan bagi memastikan negara yang lebih adil, masyarakat yang lebih terbela dan kedudukan insan yang lebih mulia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Maap cakap, la yer. Kenalah bodek bos utk cepat naik. Cuma, bodek tu ada dua jenis, bodek ikhlas dgn bodek tidak ikhlas. Kalau ye pun nak puji biarlah berfakta, nampak sikit cerdiknya. Tapi, bila Syamsul sebut bos dia tu “telah mengorbankan kebebasannya sendiri dan keluarganya demi memastikan masa depan yang lebih adil untuk semua” tu nampak sangat tak cerdiknya. Jelas bos dia ni hanya dahulukan kepentingan peribadi drp rakyat dan penyokong partinya. Buktinya, PKR terbentuk apabila cita2nya utk cepat jadi PM tak kesampaian. Selepas tu, parti ini mcm jadi parti anak beranak dinasti Anwar apabila isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah boleh main peranan penting sbg anggota2 kanannya. Kini Anwar sanggup pula jadi budak suruhan rejim komunis-teroris D4P-LTTE cuba membuat Umat Islam dan Bangsa Melayu sejati membencinya. PAS yg banyak menyokong semasa dia “berduka” kini pun dimusuhinya. Kes jenayahnya juga mencemarkan perjuangan kerana dia masih bercita2 mahu jadi PM sedangkan dlm usianya yg sebegini adalah lebih wajar dia beriadah keimanan di atas tikar sejadah. Mengapa Anwar masih enggan bersumpah mubahalah utk membersihkan namanya daripada kes liwat menambahkan lagi kejengkelan orang ramai. Kini ada lagi kes terbaru yg mengaitkan namanya. Kemungkinan ia hanya satu “operasi smoke-screen” tetapi kes liwatnya dulu juga dianggap sbg satu “fitnah” tetapi mahkamah membuktikan sebaliknya. Renung2kanlah.

    • Fahami hukum atau rujuk kepada mufti tentang hukum sumpah laknat sebelum menulis komen.
      Sumpah laknat hanya utk pasangan suami isteri.
      Tentang tuduhan dan manipulasi kes sejak Liwat 1 zaman Mahathir sehinggalah zaman Najib menampakkan kecacatan dlm pengurusan tuduhan, bukti dan hakim2. Cuba tengok dan selidiki.
      Rejim yg mengarah kpd komunis adalah rejim yg sanggup menjual kepentingan dan hak negara kepada pihak komunis. Bayangkan betapa banyaknya harta negara yg tergadai…bandar malaysia, 1MDB, Shell Refinery, Proton, Iskandar, projek keretapi laju, mrt kepada syarikat komunis China? Angkara siapakah ini?

Comments are closed.