Pemain pasukan Perak, Mohamad Nor Hakim Hassan.

KUALA LUMPUR -Teka-teki mengenai destinasi baharu buat pemain sayap kiri, Mohammad Nor Hakim Hassan akhirnya terjawab selepas pemain kelahiran Kuala Terengganu itu kini terjawab.

Beliau sah Nor Hakim sah milik Selangor.

Pengesahan secara rasmi kehadiran Nor Hakim bagi menyarung jersi pasukan bimbingan B. Satiananthan itu telah diumumkan oleh laman Facebook rasmi, FA Selangor.

”Suka cita diumumkan bahawa Nor Hakim Hassan kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.”

“Selamat datang ke wilayah Gergasi Merah, Hakim!” tulis laman web itu.

Pada pertengahan November lalu, Nor Hakim telah mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Perak selepas dua musim menabur bakti buat skuad ‘Yob’ itu.

Dia menjadi pemain ketiga buat pasukan yang lebih dikenali sebagai Gergasi Merah itu selepas sebelum ini mengumumkan kehadiran pemain pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie dan Brendan Gan.

Sepanjang dua musim bersama Perak, Nor Hakim menjadi pilihan utama Mehmed Durakovic di bahagian sayap kiri.

Kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2018 dan layak ke perlawanan akhir Piala FA 2019 pastinya menjadi antara detik manis pemain berusia 28 tahun itu bersama Perak. – MalaysiaGazette