TERKINI : Azmin Ali Rasmi Kongres AMK dan Wanita – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – PKR mengesahkan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan merasmikan kedua dua Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Kongres Wanita PKR di Melaka pada malam Khamis dan Jumaat ini.

“Saya ingin maklumkan bahawa Kongres AMK dan Kongres Wanita akan dirasmikan oleh Datuk Seri Azmin pada Khamis 5 haribulan Disember esok manakala kedua dua kongres itu akan ditutup secara rasmi oleh TimbalanPerdana Menteri Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail pada Jumaat dan semua kepimpinan kita akan hadir keduali mereka yang ada urusan rasmi di luar,”katanya kepada pemberita di pekarangan Bangunan Sementara Dewan Persidangan Parlimen sebentar tadi.