TERKINI : Kalau Betul “Saya Cabar Yusoff Rawther Buat Laporan Polis” – Chegubard

KUALA LUMPUR – Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shahrin mencabar Muhammad Yusoff Rawther membuat laporan polis sekiranya benar dakwaan menerima gangguan seksual daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang Malaysia sudah muak dan yang penting sekarang ini ialah negara kita sedang berdepan dengan cabaran ekonomi dan pentadbiran.

“Tak boleh lagi asyik terperangkap berpuluh tahun, bercerita isu demikian dan akhirnya kita tak pergi ke mana.

Saya cakap dengan dia, Yusoff aku simpati, kau buatlah tindakan sendiri, nak buat kenyataan media atau apa sahaja. “Kalau betul Yusoff kamu cakap itu kamu teguh kepada pendirian, kamu buatlah laporan polis, masih ada ruang lagi.

Saya cabar dia,” katanya pada sidang media di Taman Melawati hari ini.