TERKINI : Wanita UMNO Akan Bawa Usul Khas – Noraini Ahmad

Wanita UMNO akan membawa usul khas dalam Perhimpunan Agung parti itu bagi meminda perlembagaan parti untuk tujuan menaik taraf status sayap itu daripada Naib Presiden kepada Timbalan Presiden.

Ketua Pergerakan Wanita parti itu Datuk Dr Noraini Ahmad berkata usul ini akan memberikan sayap itu kuasa untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden sekiranya pemimpin kanan itu tidak dapat meneruskan tugas.