Sebahagian perwakilan melaungkan kata-kata semangat pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2019 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO perlu menubuhkan kumpulan pendesak bagi menangani isu ekonomi dalam negara, kata Datuk Noraini Ahmad.

Ketua sayap pergerakan UMNO itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO Wanita itu berkata, Wanita perlu bergerak bersama-sama rakyat menunjut janji kerajaan Pakatan Harapan untuk menangani masalah kos sara hidup.

Beliau mendakwa kerajaan gagal menjawab cara mewujudkan peluang pekerjaan dan pasaran baharu dalam melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Jelas beliau kesemua aspek tersebut mustahak dalam memastikan sama ada Pakatan Harapan mampu menangani jurang kemiskinan rakyat atau sebaliknya hanya melebarkan jurang golongan tertentu sahaja.

“Walaupun kerajaan telah membentangkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, saya tidak nampak wawasan ini mampu menangani jurang kemiskinan rakyat yang semakin melebar.

“Kerajaan gagal menjawab tiga persoalan utama di mana peluang pekerjaan, bagaimana kerajaan hendak membina kemakmuran dan mewujudkan pasaran baharu. Wanita bela nasib mereka yang diabaikan oleh kerajaan. Kita tuntut janji Pakatan,” katanya.

Dalam masa yang sama Wanita UMNO perlu mendesak pemerkasaan wanita sesuai dengan jumlahnya mencecah setengah populasi negara yang juga mampu menjadi antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di peringkat global menjelang 2025 berdasarkan artikel The power of parity: How advancing women’s equality terbitan McKinsey Global Institute.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast