Salah seorang perwakilan cedera dibaling batu pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Hari kedua Kongres Nasional PKR dicemari dengan pergaduhan sejak awal pagi tadi.

Paling teruk pergaduhan yang berlaku di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Pergaduhan dipercayai berlaku antara ‘pemerhati’ berbaju T-shirt hitam dengan perwakilan yang memakai baju rasmi PKR.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ‘pemerhati’ yang memakai baju T-shirt hitam itu adalah dalam kalangan remaja.

Tetapi ada juga yang mendakwa sebagai pelajar sekolah.

Pergaduhan yang bermula dari dalam dewan persidangan merebak keluar ke perkarangan MITC apabila berlaku adegan provokasi oleh kedua-dua pihak.

Susulan kejadian itu, seorang ‘pemerhati’ cedera di kepala sehingga menyebabkan berlaku pendarahan.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan itu. -MalaysiaGazette

7 Komen

    • Ko ni bodoh ke.?
      Cai2 pkr tk blh terima hakikat.parti ko mmg parti haru.tk payah nk kait kn gn bangkang.kalau dh parti penjahat.penjahat la seumur hidup.dh tk ada modal kait gn bangkang.ini lh kelemahan parti bodohhhh..

  1. Kalau tidak bergaduh itu bkn pkr.. Pkr dan bergaduh adalah perkara yg sama.. Tak pnah tidak bergaduh stiap kali adakan pemilihan pkr.. So rakyat bolh nilai sendiri ini ke parti yg kita nk angkat sbagai pemimpin dan pm.. Kita nk lahirkan kan penjahat ke dlm ngra kita?? Fikir2 kn lah rakyat… Jgn jadi pisang berbuah dua kli.. Sekali ph jadi krjaan. Hancur ngra.. Kedua pkr jadi pm, lahir ramai pjahat n pgaduh..

  2. Patutlah haritu minta escort dengan Polis dari minta bantuan Rela untuk VVIP, rupanya ada perkara keganasan yang dijangka akan berlaku. Batal atau tunda sahajalah kongres PKR, kalau dah haru biru macam ni.

  3. perselisihan orang atasan menjadi kecoh orang bawahan. . walaupun kepala dah berdamai kaki tangan bawahan belum selesai.

Comments are closed.