Foto Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Kedah dan Melaka, Liridon Krasniqi mencuri perhatian apabila dilihat bersama dengan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam sesi latihan.

Liridon sehingga kini masih belum mengumumkan kelab beliau untuk musim baharu.

Perkembangan terbaharu itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain tersebut bakal menyarung jersi JDT.

Kelmarin, JDT telah memulakan sesi latihan pertama untuk pra musim 2020.

Liridon dianggap pemain ‘box to box’ yang pernah menempa kegemilangan di dalam peringkat domestik di Malaysia ketika bersama Kedah.

Dalam video rangkuman latihan oleh pasukan JDT yang dimuat naik oleh JST, Liridon dilihat beramah mesra dengan para pemain kelab itu yang lain dan kemudiannya bertemu dengan pemilik kelab iaitu Tunku Mhakota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Liridon merupakan pemain yang sudah masak dengan Liga Malaysia namun kurang menyerlah di Melaka gara-gara krisis kecederaan dan juga kegagalan mendapatkan gandingan terbaik. – MalaysiaGazette