Letupan gas yang berlaku di sebuah dewan mengorbankan 11 mangsa dan 34 orang lagi cedera. foto Agensi

DUBAI – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan gas di wilayah Kurdistan di barat Iran.

Agensi berita Mehr berkata, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk lima kanak-kanak.

Letupan itu berlaku di dewan yang sedang menganjurkan sebuah majlis perkahwinan.

Difahamkan letupan itu dicetuskan oleh paip gas dapur memasak yang bocor.

Kejadian itu turut mengakibatkan berpuluh-puluh yang lain cedera ketika menyelamatkan diri.

Timbalan Gabenor Kurdistan, Huseyin Hosikbal menolak dakwaan yang menyatakan insiden itu disebabkan serangan pengganas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast